Taklimat Covid - 19

18 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Oktober 2020, Pembantu pengurus Pusat Internet RAKR Kusial Bharu telah memberi taklimat dan isu – isu semasa berkaitan dengan covid-19. Para pelajar telah didedahkan bagaimana virus ini mampu merebak di kalangan manusia dan gejala yang dialami oleh mereka jika mereka di jangkiti dengan virus tersebut. Selain itu, pembantu pengurus juga memberi taklimat beserta tayangan video mengenai penjagaan kendiri dan hidup dalam keadaan norma baharu kepada peserta supaya mereka berada dalam keadaan berwaspada selalu.

Kami bagi pihak pusat internet berharap taklimat dan tayangan video berkenaan covid-19 ini dikongsi dengan kenalan terdekat mereka yang lain. Taklimat berkaitan dengan covid-19 kami akan mendedahkan kepada semua komuniti yang berdekatan dengan Pusat Internet dan segala arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kami akan berkongsi kepada komuniti setempat dari masa ke semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali